1.0 ISI KANDUNGAN
NO.
|
BUTIRAN
|
MUKA
SURAT
|
1.0
|
ISI
KANDUNGAN
|
1
|
2.0
|
PENGHARGAAN
|
2
|
3.0
|
PENDAHULUAN
|
3
|
4.0
|
MEMILIH JODOH
DALAM ISLAM
Ø DASAR PEMILIHAN ISTERI
Ø DASAR PEMILIHAN SUAMI
|
4
– 6
|
5.0
|
PERTUNANGAN
|
7
|
6.0
|
SYARAT PERTUNANGAN
|
8
– 10
|
7.0
|
MELIHAT WANITA YANG HENDAK DIPINANG
|
10
- 11
|
8.0
|
KHITBAH (MEMINANG)
|
12
|
9.0
|
PAMPASAN PERTUNANGAN SELEPS
PUTUS TUNANG
Ø PANDANGAN MAZHAB
Ø PANDANGAN DARI SEGI PERUNDANGAN
|
13
– 17
|
10.0
|
TUJUAN
PERTUNANGAN
|
18
|
11.0
|
PENUTUP
|
19-20
|
11.0
|
RUJUKAN
|
21
|
2.0 PENGHARGAAN
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang”
“YA ALLAH, AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA PERASAAN
SEDIH DAN DUKACITA, AKU
BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA LEMAH DAN MALAS, AKU
BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA BAKHIL DAN PENAKUT DAN AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA BEBAN HUTANG DAN TEKANAN PERASAAN.”
Alhamdulillahirabil a’lamin, bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah
mengurniakan rahmat-Nya dan qudrat kepada hamba-Nya yang kerdil ini. Selawat
dan salam kepada junjungan besar kita kepada Nabi Muhammad s.a.w kekasih Allah
s.w.t dan semoga kita semua beroleh berkat,
rahmat dan syafaat daripadanya di akhirat kelak.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga, sahabat,
para muslimin dan muslimat yang sentiasa menitipkan doa untuk keberkatan kami
disini dan sedikit sebanyak semampu seboleh memberi idea – idea yang bernas dan
sokongan rohani yang tidak ternilai untuk menghasilkan tugasan ilmiah yang bermutu ini.
Tidak lupa juga kepada Ustaz Suhaimi Bin Abu Hasan selaku pensyarah
yang mengajar madah fiqh munakahat ini atas tunjuk ajar dan bimbingan yang
diberikan. Dengan izin Allah, beliau telah memberikan teguran yang berhemah dan
baik bagi menyempurnakan lagi kerja kursus ini. Semoga jasa baiknya diberikan
ganjaran dengan kurniaan daripada Allah yang tidak ternilai harganya.
Ribuan dan jutaan terima kasih juga kepada tenaga
pengajar, pensyarah – pensyarah yang turut membantu dalam menyiapkan kerja
kursus ini dengan secara tidak langsung atau langsung dan begitu juga kepada
sesiapa sahaja yang turut serta menyempurnakan tugasan ini. Kesudian anda
amatlah saya hargai. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Syukran Jazillan!
3.0 PENDAHULUAN
Allah SWT menjadikan
manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih sayang,
bahagia dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah
tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. Perkahwinan adalah
salah satu sunnatullah yang umum berlaku pada semua makhluk Tuhan, baik pada
manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.
Firman
Allah sw.t:
سبحن الذي
خلق الازوج كلها مما تنبت الارض ومن
انفسهم ومما لا يعلمون
Maksudnya :
“Maha Suci Tuhan yang telah menjadikan
segala sesuatu berpasang-pasangan, baik tumbuh-tumbuhan maupun diri mereka
sendiri dan lain-lain yang tidak mereka ketahui”
( Surah Yaasin: ayat 36 )
Tuhan
tidak mahu menjadikan manusia itu seperti makhluk lain yang hidup bebas
mengikut nalurinya dan berhubungan antara lelaki dan wanita tanpa batasan seperti
haiwan yang tiada akal fikiran. Demi menjaga kehormatan dan kemuliaan martabat
manusia, Allah swt telah mengadakan hukum yang sesuai dengan martabat marnusia
sehingga hubungan antara lelaki dan perempuan diatur secara terhormat dan
berdasarkan saling redha meredhai dengan perkahwinan (ijab dan qabul) yang
menghalalkan hubungan diantara lelaki dan perempuan.
Pertemuan
di antara dua insan berlainan jantina dalam suatu ikatan suci perkahwinan ini
adalah permulaan kepada suatu proses membina keluarga bahagia, harmoni yang
diwarnai oleh Mawaddah dan Rahmah. Keluarga bahagia ini bakal melahirkan zuriat
yang baik dan membentuk bersama zuriat lain, masyarakat dan ummah terbaik pula.
Maka permulaan pertama proses ini dinamakan peminangan atau
pertunangan .
Pertunangan
berasal dari bahasa melayu yang memiliki sama erti dengan khitbah dalam bahasa
arab atau dikenali dengan istilah meminang. Pertunangan, khitbah atau pinangan
ialah satu ikatan perjanjian yang berlaku di antara pihak lelaki dan perempuan
utuk mendirikan rumah tangga.[1]
4.0 MEMILIH JODOH DI DALAM ISLAM
4.0.1 DASAR PEMILIHAN ISTERI
Peranan
isteri begitu penting kerana padanya segala urusan tentang rumah tangga
diamanahkan. Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya, isteri harus
menjaga kepentingan makan minum keluarga, mengandung dan mendidik anak-anak,
menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami an sebagainya. Oleh itu, terdapat
beberapa dasar pemilihan isteri mengikut syarak antaranya ialah :
I.
Perempuan yang taat beragama.
Sabda Nabi s.a.w :
تكح المرأة لأربعة : لمالها ولحسبه وبجمالها ولدينها. بذات الدين تربت يدك
Maksudnya :
“Dinikahi perempuan itu kerana hartanya, dan
kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah
yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan.
( Hadis riwayat al-Bukhari )
Oleh itu, utamakanlah pemilihan isteri yang taat
beragama seperti suka beribadat, menutup aurat dan lain-lain melebihi
dasar-dasar lain seperti harta kekayaan,nasab keturunan dan rupa paras yang
menawan.
II.
Berketurunan yang baik dan dibesarkan dalam
persekitaran yang sempurna akhlaknya.
Islam
menggalakkan supaya memilih bakal isteri daripada nasab keturunan yang
baik-baik dan dibesarkan dalam suasana kekluargaan dan masyarakat yang berhemah
tinggi dn berbudi pekerti mulia serta mengamalkan nilai hidup yang diredhai
Allah s.w.t. ini penting untuk membentuk suasana yang harmoni, saling kasih
mengasihi dan hormat menghormati antara suami dan isteri
III. Perempuan
yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak.
Nabi Muhammad s.a.w akan berbangga dengan
ramainya umat Islam pada hari kiamat nanti terutamanya umat yang beriman dan
bertakwa. Justeru itu, amat tepat sekiranya dapat memilih wanita yang subur dan
mampu melahirkan anak yang ramai. Wanita ini dapat dikenali dengan melihat
raminya anak-anak saudara perempuan dan juga saudara mara perempuannya yang
terdekat.[2]
IV. Sekufu
atau hampir sekufu.
Antara
faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi,
pelajaran dan dari segi umur. Maksudnya janganlah bakal si suami itu terallu
jauh jarak umurnya dengan bakal isteri. Seeloknya ialah 10 tahun lelkai lebih
tua daripada wanita.
Namun,
apabila si lelaki mempunyai latar belakang pelajaran yang lebih tinggi dan juga
taraf ekonomi yan lebih baik, maka ini boleh menjamin rasa hormat si isteri
pada suaminya.
V.
Masih gadis atau anak dara.
Rasulullah
s.a.w menggalakkan umat Islam memilih isteri daripada kalangan gadis bukan
janda, sesuai dengan nasihat baginda s.a.w kepada seorang sahabat, Jabir r.a : ’’Kemesraan
yang akan lahir lebih menggembirakan kedua-dua belah pihak.’’
VI. Pasangan
bukan daripada keluarga terdekat.
Tidak
begitu digalakkan berkahwin dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat yang
hampir seperti sepupu. Antara sebabnya ialah mengurangkan keinginan syahwat
yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat anak
yang cacat dan kurang bijak.[3]
4.0.2 DASAR PEMILIHAN SUAMI
I.
Kuat agama dan berakhlak mulia.
Lelaki soleh ialah bakal ketua keluarga yang
mampu mentadbir isteri, anak-anak dan rumah tangga dengan baik dan
bertanggungjawab. Itulah asas penerimaan seorang lelaki sebagai menantu oleh
keluarga pihak perempuan.
Menerusi
hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a :
إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوا تكن فتنة في الارض
وفساد عريض
Maksudnya
:
”Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang
kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah anakmu itu.
Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlakufitnah dan kerosakan di atas
muka bumi ini.’’
( Hadis riwayat at-tarmizi )
II.
Bukan keluarga terdekat
Tidak
digalakkan bakal suami daripada kalangan keluarga yang terdekat.
III.
Bebas daripada penyakit berat
Seorang
lelaki mestilah bebas daripada penyakit-penyakit yang menghalangnya daripada
berkahwin seperti gila, kusta, dan lemah syahwat.[4]
5.0
PERTUNANGAN
Setelah mengambil kira dasar-dasar pemilihan
isteri dan suami, maka pihak lelaki bolehlah mengutus wakil untuk melamar dan
meminang calon isteri. Sebelum menerima lamaran tersebut, ibu dan bapa haruslah
mendapatkan persetujuan anak perempuannya terlebih dahulu. Ini perlu dilakukan
untuk memberikan peluang kepada si anak meluahkan isi hatinya yang ikhlas agar
perkahwinan yang bakal dilangsungkan nanti akan menambah kerukunan dan
kebahagiaan.
5.0.1 PENGERTIAN PERTUNANGAN MENURUT ISLAM
Meminang
ialah cara yang dilakukan oleh seseorang lelaki bagi menyampaikan hasrat dan keinginannya
hendak memperisterikan seorang wanita secara terbuka dan terus
terang,baik dilakukan sendiri atau melalui perantaraan keluarganya atau
sahabatnya yang dapat dipercayai.
Pertunangan biasanya diadakan mengikut adat resam dalam sesebuah masyarakat
dimana ia dianggap sebagai langkah permulaan kepada perkahwinan. Adat
pertunangan ini boleh diikuti selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam,
selaras dengan Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasulullah saw
telah bersabda yang bermaksud :
”
Sesuatu perkara atau perbuatan yang dianggap sebagai baik oleh masyarakat Islam
adalah baik disisi Allah swt”.
Menurut pandangan ulama dari mazhab Maliki, pertunangan adalah satu
ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari
perbualan. Menurut pandangan ulama dari mazhab Shafie pula pertunangan adalah
menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya[5].
6.0 SYARAT PERTUNANGAN
6.0.1 PEREMPUAN YANG HENDAK DIPINANG BUKAN MENJADI
ISTERI KEPADA LELAKI LAIN.
Lelaki yang menjalin
hubungan degan isteri orang sering menyatakan kesediaan untuk mengambil
‘kekasihnya’ sebagai isteri jika diceraikan oleh suaminya. Kenyataan itu juga
bermaksud ‘meminang’. Peminangan itu akan mendorong perempuan meminta cerai
daripada suaminya sebagai jalan untuknya berkahwin dengan kekasihnya.
Sesungguhnya penceraian amat ditegah oleh Islam.
Perempuan yang masih
bergelar isteri haram dipinang oleh mana-mana lelaki lain kerana dia menjadi
hak mutlak suaminya. Seorang isteri hanya putus hubungan dengan suami selepas
dia diceraikan atau becerai mati dan tamat tempoh iddahnya. Islam amat mementingkan
hubungan suami isteri. Justeru, isteri ditegah sama sekali menaruh minat kepada
lelaki lain. Lelaki pula diharamkan menaruh minat kepada mana-mana perempuan
yang masih bergelar isteri bagi mengelakkan perkara buruk.
6.0.2 PEREMPUAN
YANG HENDAK DIPINANG BUKAN TUNANGAN ORANG LAIN.
Larangan lelaki
meminang perempuan menjadi tunangan lelaki lain dinyatakan melalui sabda
Rasulullah s.a.w bermaksud :
“Seorang
Mukmin adalah saudara bagi Mukmin yang lain. Oleh itu, tidak halal die membeli
pembelian saudaranya dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.
(Hadis Riwayat
Muslim)
Islam amat
mementingkan hubungan persaudaraan.maka sesiapa yang memutuskan persaudaraan
amat dicela sifatnya. Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang
setelah ikatan pertunangan dibatalkan oleh pihak lelaki. Perkara itu juga
mungkin boleh berlaku di atas ermintan pihak perempuan dan dipersetujui oleh
pihak lelaki.
6.0.3 PEREMPUAN YANG HENDAK
DIPINANG TIDAK BERADA DALAM TEMPOH IDDAH.
Dalam masa iddah
perempuan tidak dibolehkkan berkahwin. Wanita yang diceraikan oleh suaminya dengan
talak raji’e boleh dirujuk kembali oleh suaminya pada bila-bila masa yang
dikehendakinya selagi belum tamat tempoh iddah. Perkara ini dinyatakan dalam
firman Allah s.w.t :
وبعولتهن
أحق بردهن في ذلك إن أرادوا اصلاحا
Maksudnya :
“dan bekas suami mereka lebih berhak kepada mereka (rujuk),(dalam masa
iddah raji’e), jika mereka menghendaki perdamaian”
( Surah al-Baqarah :
ayat 228 )
6.0.4 PEREMPUAN
YANG HENDAK DIPINANG MESTILAH SAH NIKAH DENGANNYA ATAU BUKAN MUHRIMNYA.
Firman Allah s.w.t :
حرمت
عليكم أمهاتكم وبناتكم واخواتكم وعماتكم وخلتكم وبنات الاخ وبنات الاخت وامهاتكم
التي ارضعنكم واخوتكم من الرضعة وامهت نساىكم وربىبكم التي في حجوركم من النساىكم
التي دخلتم بهن فإن لم تكونوا دخلتم بهن فلا جناح عليكم وحلىل أبناىكم الذين من
أصلبكم وأن تجمعوا بين الاختين الا ما قد سلف إن الله كان غفورا رحيما
Maksudnya :
“Diharamkan ke atasmu menikahi ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu,
saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan bapamu, saudara-saudara
perempuan ibumu, anak-anak perempuan daipada saudara lelakimu, anak-anak
perempuan daripada saudara perempuanmu,ibu-ibu yang menyusukanmu,
saudara-saudara perempuan sepersusuan,ibu mentuamu dan anak-anak tirimu yang
ibunya sudah kamu campuri, tetapi jika kamu belum mencampuri ibunya, kamu boleh
mengahwininya.
( Surah al-Nisa :
ayat 23 )
Haram bagi seorang
lelaki meminang wanita muhrimnya, kerana dia antara kedua-duanya diharamkan
nikah.[6]
7.0 MELIHAT WANITA YANG HENDAK DIPINANG.
Barangsiapa yang hatinya berhasrat ingin
meminang seorang wanita, maka disyariatkan akan baginya untuk melihatnya
sebelum ia meminang. Muhammad bin Maslamah r.a berkata : ”Aku meminang seorang
wanita, maka aku bersembunyi dan mengintip wanita tersebut sehingga aku dapat
melihatnya. ”Kemudian dikatakan kepadanya, ”Bagaimana engkau melakukan hal ini
sedangkan engkau adalah sahabat Rasulullah s.a.w ? Ia menjawab, : Aku telah
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
إذا ألقى الله في قلبي امرئ خطبة امرأة، فلا بأسا أن ينظر إليها
Maksudnya ;
“Jika Allah menaruh hasrat kepada hati seorang lelaki untuk melamar
seorang wanita, maka tidak mengapa jika dia melihat wanita tersebut.
( Sunan Ibnu Majah )
Seseorang
lelaki itu boleh melihat bakal tunangannya dua atau tiga kali jika dia perlu
melihat keadaan perempuan tersebut dengan lebih jelas lagi untuk mengelakkan
kekecewaan selepas berkahwin. Tetapi perlu diingat bahawa melihat bukan hanya
dengan mata, tetapi ia juga dengan maksud untuk meninjau sikap, budi bahasa,
cara hidup dan apa-apa maklumat yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan
pasangan (kecuali yang haram dibuat dan dilihat).
Walaubagaimanapun,
hadis-hadis tentang melihat pinangan tidak menentukan secara khusus
tempat-tempat yang boleh dilihat. Jumhur ulamak berpendapat bahagian yang boleh
dilihat iaitu muka dan tapak tangan kerana muka dan tapak tangan adalah anggota
zahir yang dimaksudkan oleh firman Allah swt :
ولا يبدين زيتهن الا ما ظهر منها
Maksudnya :
”Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
yang zahir padanya”
( Surah
an-Nur: ayat 31 )
Dengan
melihat mukanya dapat diketahui kecantikan seseorang dan dengan melihat tapak
tangannya dapat diketahui akan kesihatan badan serta kelembutannya secara
amnya.
Sekiranya
seseorang lelaki itu tidak berpeluang untuk melihat perempuan yang bakal
dipinang, dia boleh menghantar seorang wanita untuk melihat perempuan tersebut.
Rasulullah saw pernah menghantar Ummu Sulaim untuk melihat seorang wanita dan
Baginda saw berkata kepadanya ”Lihatlah kedua-dua ketingnya dan
ciumlah bau badannya”.
Daripada
hadis diatas dapat difahami bahawa wanita yang dihantar oleh seseorang lelaki
untuk melihat bakal tunangnya boleh melihat lebih daripada apa yang boleh
dilihatnya sendiri. Faedahnya tentulah lebih banyak lagi. Mesti diingat bahawa
bilamana seseorang lelaki yang melihat pinangannya dan ternyata tidak berkenan
dihati hendaklah dia diam dan jangan mengatakan sesuatu yang boleh menyakiti
hatinya, sebab boleh jadi perempuan yang tidak disukainya itu, disukai oleh
lelaki lain.
Melihat
bakal pinangannya tidak khusus untuk lelaki sahaja, bahkan perempuan juga boleh
melihat lelaki yang berhasrat meminangnya supaya dapat dipastikan keadaan
sebenar lelaki tersebut yang mungkin dapat mendatangkan kesukaan atau
sebaliknya terhadap lelaki tersebut.[7]
8.0 KHITBAH (MEMINANG)
Khitbah ertinya melamar seorang wanita untuk
dijadikan isterinya dengan cara yang telah diketahui di kalangan masyarakat.
Jika telah tercapai kesepakatan,maka hal tersebut hanyalah suatu janji kesepakatan untuk menikah, lelaki yang
melamar tersebut tidak diperbolehkan untuk melakukan apa-apa pun terhadapa
wanita yang dilamarnya kerana statusnya masih orang lain sampai ia diikat
dengan tali pernikahan.
Pada
kebiasaannya, pihak lelaki yang akan melakukan peminangan terhadap perempuan.
Tetapi didalam Islam, pihak perempuan juga boleh melakukan lamaran terhadap
pihak lelaki. Ini berdasarkan kepada hadis berikut: Bahawa Anas r.a. berkata
disisi anak perempuannya :
”telah
datang seorang wanita kepada Rasulullah saw lalu menawarkan dirinya (untuk
menjadi isteri baginda)”; berkatalah wanita itu ”Adakah dikau punyai hajat
kepadaku ?”, maka anak perempuan Anas r.a. menyampuk, ”Alangkah kurangnya malu
si wanita itu dan amat malunya perbuatannya” maka Anas menjawab ”Dia lebih baik
darimu, ia berkehendakkan Nabi saw lalu menawarkan dirinya kepada Baginda saw.
Dalam
masyarakat Islam di Malaysia, kebiasaannya urusan peminangan akan dilakukan
oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki yang akan menghantar rombongan ke
rumah calon isteri yang telah di sepakati. Adat ini dilakukan bagi menyatakan
tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi.
Menurut
syarak disunatkan orang yang meminang supaya berkhutbah sebelum meminang dan
sebelum akad nikah. Khutbah dimulakan dengan memuji Allah saw dan bersalawat
kepada Nabi saw. Kemudian dia hendaklah berpesan supaya bertaqwa kepada
Allah dan barulah melahirkan tujuannya saperti umpamanya ”Kami datang untuk
meminang anak perempuan kamu”.Wali perempuan juga disunatkan berkhutbah yang
dimulai dengan memuji Allah swt dan bersalawat serta berpesan supaya bertaqwa
dan kemudiannya baru menjawab pertanyaan pihak lelaki dengan umpamanya ”Saya
terima pinangan kamu”.
Dan
diantara perkara-perkara yang dibincangkan dalam majlis pertunangan ini adalah
seperti jumlah mas kahwin, hantaran dan tarikh akad nikah.[8]
9.0 PAMPASAN PERTUNANGAN SELEPAS PUTUS
TUNANG
9.1 SUDUT PANDANGAN 4 MAZHAB
9.1.1 Kesan ke atas mahar ( mas
kahwin )
Ulama tidak berbeza pendapat, mas kahwin yang
didahulukan dalam majlis pertunangan oleh pihak lelaki boleh dituntut
kembali. Ini kerana mahar hanya akan menjadi milik perempuan setelah
berlakunya akad nikah atau perkahwinan.[9]
9.1.2 Kesan ke atas pemberian atau hadiah ( hantaran )
Pemberian atau hadiah pertunangan berlainan dengan
pemberian biasa (hibbah) kerana pemberian tersebut mengharapkan balasan dari
pihak penerima iaitu melangsungkan perkahwinan. Oleh
itu jika ternyata perkahwinan yang bakal dilangsungkan itu dibatalkan, maka
pihak pemberi berhak menuntut kembali pemberiannya.
Namun, berlaku perselisihan fuqaha' berhubung dengan persoalan ini iaitu :
I.
Mazhab Syafie berpendapat bahawa orang yang memberi berhak
mengambil balik pemberian itu,
sama ada ia masih wujud atau telah
rosak, tanpa mengira pihak mana yang memutuskan pertunangan itu.
II. Mazhab
Hanafi berpendapat bahawa pihak yang memberi berhak menuntut kembali
sekiranya hadiah itu masih wujud dalam pihak yang menerima, sebaliknya jika
telah rosak, maka pemberi tidak berhak lagi menuntutnya kembali kerana hadiah
adalah suatu pemberian dan pemberian tidak boleh diminta balik atau ganti
nilainya oleh mana-mana pihak jika ia telah digunakan, rosak atau telah berubah
sifat asalnya.
Mazhab
Hanbali berpendapat bahawa hadiah-hadiah pertunangan tidak boleh dituntut
kembali apabila berlaku mungkir janji untuk berkahwin atau pembatalan
pertunangan kerana ia dianggap sebagai hibbah.
Mazhab
Maliki merujuk kepada syarat jika ada syarat. Jika tiada hendaklah dirujuk
kepada adat. Jika tiada maka dilihat kepada pihak yang memutuskan pertunangan.
- Sekiranya pihak
lelaki yang memutuskan pertunangan, maka dia tidak berhak menuntut kembali
hadiah pemberiaannya kerana tindakannya memutuskan pertunangan, kalau
dibenarkan lelaki menuntut kembali hadiah pemberiaannya, bererti pihak
perempuan terpaksa menanggung dua risiko bencana iaitu yang pertama,
lelaki yang meminangnya berpaling tadah dan memutuskan hubungan
pertunangan. Kedua, terpaksa pula mengembalikan hadiah-hadiah yang
diterimanya semasa dalam pertunangan.
- Jika pihak
perempuan yang memutuskan pertunangan, maka ketika itu pihak lelaki berhak
menuntut kembali hadiah yang diberinya semasa pertunangan, sama ada hadiah
itu masih wujud dalam milik perempuan atau telah rosak dan sebagainya
supaya pihak lelaki tidak menanggung dua risiko bebanan dalam suatu masa,
iaitu hilang hartanya dan putus pula pertunangan.
Jika dilihat, jelas pendapat Mazhab Maliki adalah paling wajar diamalkan
bagi meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh orang yang berkenaan.
Namun terdapat adat pertunangan yang diamalkan bertentangan dengan prinsip syarak :
Namun terdapat adat pertunangan yang diamalkan bertentangan dengan prinsip syarak :
- Jika pihak
lelaki yang mungkir janji akan pertunangan itu dan tidak mahu berkahwin,
maka dia tidak boleh menuntut kembali hadiah-hadiah yang diberikan kepada
pihak perempuan (tidak bertentangan dengan syarak).
- Sebaliknya,
jika perempuan yang mungkir janji akan pertunangan itu, maka dia hendaklah
membayar dua kali ganda harga duit atau barang-barang yang diberikan oleh
pihak lelaki.
Adat ini menampakkan
pertentangan dengan prinsip-prinsip Islam kerana ia menimbulkan penipuan atau gharar dan
penindasan terhadap pihak perempuan. Apabila sesuatu pertunangan itu dibatalkan
dengan persetujuan kedua-dua belah pihak, maka tidaklah wajar pihak lelaki atau
perempuan menuntut balik pemberian masing-masing. Ini kerana pemberian tersebut
dianggap sebagai hibah atau hadiah dan menjadi kepunyaan penerima hibah.
Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan jika mana-mana pihak secara sukarela dan redha untuk memulangkan pemberian pertunangan atau
melepaskan (menghalalkan) kepada pihak penerima dan menganggap ia sebagai
hadiah.
Adat pertunangan
yang diamalkan banyak mendatangakan faedah dan boleh merapatkan hubungan
kedua-dua belah pihak. Adat ini juga menggalakkan pemberian hadiah di antara
kedua-dua pihak dan oleh itu boleh mendatangkan kehormatan dan kasih sayang di
antara mereka. Namun prinsip ini akan tercemar jika pemberian itu bertujuan
untuk menunjuk-nunjuk sehingga timbul rasa riak,
takbur dan sebagainya.[10]
9.0.2 SUDUT
PANDANGAN DARI SEGI PERUNDANGAN
Apabila berlakunya putus tunang secara tidak
munasabah maka mereka berhak menuntut ganti rugi di Mahkamah Syariah. Mengenai
pembatalan perjanjian pertunangan, mengikut
Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1984, jika seseorang mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada
secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau
melalui orang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak yang satu
lagi tanpa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin
dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungjawab memulangkan
pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang
dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk
membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian itu boleh dituntut
melalui tindakan dalam mahkamah.
Seksyen
ini dengan jelas membezakan pembatalan pertunangan bersebab dengan pembatalan
tanpa sebab yang sah. Pembatalan tanpa sebab yang sah merujuk kepada alasan
yang tidak boleh diterima oleh pihak yang satu lagi. Maksud ini dijelaskan lagi
dengan ayat seterusnya yang menyatakan bahawa pihak yang satu lagi masih
mengharapkan berlaku perkahwinan itu. Jika berlaku keadaan ini, pihak yang
ingkar boleh didakwa di mahkamah syariah. Dan jika sabit kesalahan dia wajib
membayar ganti rugi perkara berikut:
I.
Memulangkan
pemberian pertunangan, jika ada.
II.
Membayar
apa-apa wang yang dibelanjakan oleh satu pihak untuk membuat persediaan bagi
perkahwinan.
Jika pihak yang membatalkan pertunangan ialah lelaki,
maka apa-apa pemberian tunangnya yang perempuan seperti cincin, kasut, makanan
dan seumpamanya sebagai pemberian balas pertunangan perlu dipulangkan kembali.
Manakala jenis makanan yang sudah habis dimakan, perlu dinilai kadarnya. Begitu
juga dengan barangan yang sudah haus atau hilang perlu digantikan dengan yang
seumpama dengannya. Keadaan yang sama perlu dilakukan kalau sekiranya
pihak perempuan yang membatalkan pertunangan itu. Berdasarkan peruntukan
seksyen ini, pihak yang kena batal baik lelaki mahupun perempuan tidak perlu
memulangkan segala yang diterima.
Selain itu dalam
tempoh pertunangan itu, tentulah pihak perempuan atau lelaki telah membuat
persediaan awal demi merealisasikan perkahwinan itu seperti membaiki beranda
rumah, membaiki dapur dan membeli katil dan perabot. Malah boleh jadi semakin
hampir hari perkahwinan mereka sudah membayar deposit untuk majlis makan,
mencetak kad jemputan dan menempah baju serta pelamin.
Semua yang
dibelanjakan itu perlu ditaksirkan oleh pihak yang menanggung rugi. Maka pihak
yang membatalkan pertunangan itu boleh dituntut untuk membayar segala
perbelanjaan yang telah dibuat itu. Malah pihak yang kena batal boleh membuat
dakwaan ke mahkamah jika pihak yang membatalkan itu tidak mahu membayar secara
rundingan. Namun pihaknya perlu menyediakan bukti dan saksi bagi menguatkan
dakwaannya di mahkamah.[11]
·
Kuasa Mahkamah
Syariah
Seperti yang
dijelaskan di atas, jika pihak yang memutuskan pertunangan itu mempunyai sebab
yang sah dan diiktiraf hukum syarak, maka pihak yang memutuskan pertunangan itu
tidak perlu memenuhi kedua-dua keperluan yang diperuntukkan di dalam seksyen
15. Apatah lagi kalau kedua belah pihak bersetuju berdamai dan saling
bermaafan.Tetapi jika salah satu pihak tidak bersetuju dan mahukan keadilan,
bolehlah satu pihak mendakwa di mahkamah syariah atas seksyen 15 itu. Hakim
akan memutuskan kadar yang perlu dibayar oleh pihak yang mungkir secara adil.
Dan pihak yang teraniaya dalam kes ini harus berlapang dada dengan keputusan
itu walaupun tidak memuaskan hatinya.
Inilah bidang
kuasa mahkamah syariah dalam melindungi umat Islam mengikut enakmen pentadbiran
undang-undang keluarga Islam. Oleh sebab itu mahkamah syariah tidak ada kuasa
untuk mendengar tuntutan selain daripada di atas. Jadi, ganti rugi kerana rasa
dimalukan oleh pihak yang mungkir tidak boleh dibawa ke mahkamah syariah. Hal
ini kerana persoalan ganti rugi malu bukan urusan yang dibenarkan agama.
Terdapat satu
pihak menuntut ganti rugi malu kerana tidak dapat meneruskan majlis yang telah
diketahui umum. Kononnya bagi menutup malu dituntut jutaan ringgit kepada pihak
yang membatalkannya. Tuntutan sebegini tidak akan didengari oleh mahkamah
syariah. Jika dia mahu bolehlah menuntutnya di mahkamah sivil, ia bergantung
kepada mahkamah tersebut sama ada mahu mendengarnya atau tidak. Perlu
dijelaskan di sini bahawa Mahkamah Sivil tidak ada kuasa untuk membicarakan
tuntutan berkaitan dengan hal ehwal pertunangan kerana urusan tersebut termasuk
dalam urusan agama. Apatah lagi Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan telah mengeluarkan Mahkamah Sivil daripada mempunyai bidang
kuasa membicarakan perkara yang Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa ke
atasnya.
Jadi, sebagai orang Islam kita wajib mengikut adab dan
adat yang terdapat dalam Islam. maka mereka yang bertunang harus berpegang
teguh kepada perjanjian dan sebaiknya tidak membatalkan pertunangan. Firman
Allah:
يا ايها الذين امنوا اوفوا بلعقود
Maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman, tunaikanlah
segala janji-janji kamu….”
(Surah al-Ma’idah : ayat 1)
Sungguhpun begitu kalau perlu dibatalkan kerana
sebab-sebab yang munasabah lakulah secara suka sama suka, dan berundinglah
secara baik. Jagalah akhlak orang Islam semasa bertunang apatah lagi ketika
hendak membatalkan pertunangan. Semua pihak perlu mengikut adab sopan yang
diajarkan oleh Islam.[12]
10.0 TUJUAN PERTUNANGAN
Pertunangan brtujuan untuk memberi kesempatan kepada lelaki dan perempuan
lebih mengenali diri serta keluarga masing-masing, bukan tiket untuk bergaul
mesra seumpama suami isteri yang sah kerana perhubungan lelaki dan wanita
mempunyai batasan tertentu. Oleh itu, bagi pasangan muda mudi yang masih di
alam percintaan atau pertunangan perlu menjaga batas hubungan yang ditetapka
agama. Jika mereka melakukan hubungan hubungan seks sebelum bernikah, mereka
sudah melanggar batasan agama melarang perbuatan zina.Berdasarkan hukuman Islam, mereka yang melakukan
zina boleh dihukum 100 kali sebat bagi individu yang belum bernikah, dan
direjam dengan batu bagi mereka yang sudah bernikah. Mereka yang sudah mampu
dan bersedia dari segi mental, fizikal serta mempunyai keyakinan daripada aspek
ekonomi perlulah menyahut seruan agama untuk bernikah atau mendirikan rumah
tangga. Amalan menangguhkan perkahwinan atau pernikahan tidak digalakkan
Islam.
Larangan
menjauhi perbuatan menjurus kepada zina termasuk berdua-duaan lelaki dan
perempuan banyak diingatkan dalam firman Allah sebagai dalil yang perlu diberi
perhatian disebabkan kesannya yang boleh membawa kehancuran serta masalah
besar.
Antaranya firman Allah :
ولا تقربوا الزنا إنه كان فاحشة وساء سبيلا
Maksudnya:
"Dan
janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan
mendatangkan keburukan."
( Surah
al-Israk : ayat 32 )
Terdapat
banyak dalil yang memberi amaran serta mengingatkan umat Islam supaya menjauhi
zina. Ini perlu diingatkan dan didedahkan kerana dapat dilihat budaya
masyarakat hari ini, majlis tunang ibarat majlis pernikahan. Jika dulu,
majlis pertunangan hanya dihadiri ahli keluarga atau wakil pihak lelaki untuk
berbincang dengan keluarga perempuan, tetapi hari ini si jejaka turut hadir
sama, malah bergambar dalam suasana menimbulkan fitnah kepada orang
ramai. Majlis pertunangan kini berubah seakan majlis persandingan apabila
kedua-dua lelaki dan perempuan yang hanya baru diikat dengan kata janji untuk
disatukan, dibenarkan duduk bersebelahan sambil disaksikan keluarga. Mungkin
restu yang diberikan ahli keluarga menyebabkan pasangan bertunang lupa akan
batasan yang perlu dijaga hingga ada yang setiap hari berjumpa malah, ada juga
yang dibawa pulang untuk bermalam di rumah ibu bapa.
Sebagai
pihak yang bertanggungjawab, ibu bapa sepatutnya membimbing pasangan yang
bertunang supaya menjaga hubungan itu mengikut syariat agama sehingga mereka
sah disatukan sebagai suami isteri kerana tempoh bertunang ialah masa untuk
mereka mengenali satu sama lain. Sudah diberi amaran jelas akan perkara itu
dalam sabda Rasulullah s.aw yang bermaksud :
"Jangan kamu berseronok-seronok atau
berdua-duaan dengan wanita, kerana yang ketiga itu adalah syaitan."
( Hadis riwayat at-Tabrani )
Hormati
ikatan pertunangan dengan menjadikannya sebagai janji murni ke arah memenuhi
Sunnah Rasulullah SAW untuk membina keluarga yang dilimpahi perasaan kasih
sayang dan kesejahteraan. [13]
11.0 PENUTUP
Orang
sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah s.w.t sebagai
pokok utama kesejahteraan sesebuah rumah tangga. Setiap kali berlangsungnya
majlis merisik, perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan
sahaja sebagai syarat yang akan mengsejahterakan dan mengukuhkan rumah tangga.
Tidak
hairanlah selepas berkahwin, kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa
bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya anak-anak tidak taat kepada
ibu bapa dan isteri menjadi ”queen control” kepada suami dan suami hilang
khemahnya di dalam mentadbir rumah tangga menurut syariat Islam.
Untuk
mendapat keberkatan Allah s.w.t, dari awal proses peminangan lagi kita mesti
menjaga adab dan tatasusila menurut yang dibenarkan syarak. Keberkatan Allah s.w.t
ini tidak dapat hendak kita gambarkan kerana hatilah yang akan terasa
ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua, namun sampai kehari tua.
Namun,
kalau dalam sesuatu majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat
menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun mungkin rumah
tangga itu nampak ’tidak cantik’ dan tidak bahagia. Ada sahaja kusut masainya.
Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal dirumah dan inilah yang
banyak berlaku pada hari ini.
Sebab
itu sangat penting menjaga suasana majlis peminangan, biarlah bersusah-susah
sedikit asalkan syariat Allah swt dapat kita jaga dengan baik semuga mendapat
keredhaan dan rahmat dari Allah swt. Mudah-mudahan pengumpulan
maklumat-maklumat di atas dapat dijadikan panduan dalam melaksanakan sesuatu
majlis pertunangan menurut syariat Islam.
12.0 RUJUKAN
- Al-Quran
- Dato’ Ismail Kamus (2009). Indahnya Hidup Bersyariat Modul Fardu Ain Diri. Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat. Hlm 188-190. Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn. Bhd.
- Abdul Azhim bin Badawi al-Khalafi (2001). Panduan Fiqih Lengkap Jilid 2. Hlm 198-199.Bongor. Pustaka Ibnu Katsir.
- Ustaz Abdul Aziz (1992). Kursus dan Bimbingan Perkahwinan. Hlm 3-11. Kuala Lumpur. Darul Nu’man.
- Haji Said Haji Ibrahim (1984). 400 Soal jawab Nikah Kahwin. Hlm 32-36. Terengganu. Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd.
- Tariq Ismail Kakhia (1998). Perkahwinan di dalam Islam. Hlm 40-47 . Kuala Lumpur. Pustaka Salam.
- Dato’ Dr Ismail Haji Ibrahim (1999). Isu-isu Semasa Dari Perspektif Islam. Hlm 59. Kuala Lumpur. Institute Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
- Syeikh Ahmad Jad (2009). Ensiklopedia Fikah Sunnah Wanita. Hlm 342-348.Kuala Lumpur. Al-Hidayah Publication.
- Zahazan Mohamed (2011). A-Z tentang Munakahat Tapi Anda Tiada Tempat Bertanya. Hlm 4-6. Kuala Lumpur. Telaga Biru.
- Abdul Latiff Abu Bakar (2004).Kepimpinan Adat Perkahwinan Melayu Melaka . Hlm 21. Melaka. Titanium Elite Sdn Bhd.
- Wan Nordin Wan Abdullah (2014). Kekeluargaan. Hlm 78-80. Selangor. Utusan Printcorp Sdn Bhd.